Friday, February 4, 2011

PENGASINGAN KUASA

  • Doktrin ini dikemukakan oleh seorang ahli falsafah Peranchis iaitu Montesquieu
  • Mengikut doktrin ini kuasa pemerintahan sesebuah negara itu dibahagi kepada tiga buah badan yang bebas;

                       a. Badan Perundangan
                       b. Badan Eksekutif
                       c. Badan Kehakiman
  • Ketiga-tiga bidang tersebut mempunyai bidang kuasa yang tersendiri.
  • Tujuan pengasingan kuasa ialah
    a. Mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Berkuasa lebih daripada satu bidang
        kuasa.

    b. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah
        badan tertentu.

    c. Tiada gangguan daripada mana-mana badan yang lain.
DOKTRIN PENGASINGAN DI MALAYSIA
  • Di Malaysia pengamalan doktrin tersebut berbeza daripada bentuk asalnya.
    Pengasingan kuasa secara relatif antara ketiga-tiga badan.
  • Cuma badan kehakiman sahaja yang dilihat bebas daripada pertindihan kuasa badan yang berlainan.
    Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan.
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan.
    Di peringkat persekutuan, Perdana Menteri dan ahli-ahli jemaah menteri pada masa yang sama adalah ahli badan perundangan dan badan eksekutif.
    Hal ini kerana;
    a. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak
       ( westminster )
    b. Raja berperlembagaan iaitu ketua negara ialah YDPA.
    c. Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Kerajaan pusat dan kerajaan negeri)
    d. Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
    e. Mengamalkan konsep ketertinggian perlembagaan.

No comments:

Post a Comment