Monday, February 7, 2011

SISTEM KERAJAAN

KERAJAAN PERSEKUTUAN

  • Merupakan gabungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
  • Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa mutlak
  • Kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam bidang-bidang tertentu dan berkongsi dalam sesetengah bidang.
  • Kerajaan persekutuan mempunyai kuasa sepenuhnya dalam hal ehwal hubungan luar dan hal-ehwal umum.
  • Kerajaan negeri berkuasa mutlak dalam bidang-bidang tertentu. Umpamanya; tanah, hutan, dan pentadbiran negeri.
  • Tiada unsur penindasan antara kedua-dua kerajaan.
  • Contoh; Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India dan Malaysia

Saturday, February 5, 2011

RASUAH DI MALAYSIA

Definisi Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wanghadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 

RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan negara menjelang 2020.
Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.
Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi.
Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah dan penyelewengan.
Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil pendekatan dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun, akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah, hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu dicapai, terutama dengan sokongan seluruh rakyat.
Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan membanteras rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di Parlimen bakal memantapkan lagi institusi berkenaan selepas terjejas teruk berikutan krisis kehakiman yang melanda sebelum ini. Kita berharap semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan bagi memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir urus yang dijalankan telus dan memanfaatkan rakyat. 
Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara ini melepasi halangan dan krisis ekonomi yang tidak nampak penghujungnya. Jadi menerusi rang undang-undang bersejarah ini, semua pihak perlu melihat ke depan untuk bersama berganding bahu dengan kerajaan dalam mencapai Misi Nasional negara.

Friday, February 4, 2011

PENGASINGAN KUASA

  • Doktrin ini dikemukakan oleh seorang ahli falsafah Peranchis iaitu Montesquieu
  • Mengikut doktrin ini kuasa pemerintahan sesebuah negara itu dibahagi kepada tiga buah badan yang bebas;

                       a. Badan Perundangan
                       b. Badan Eksekutif
                       c. Badan Kehakiman
  • Ketiga-tiga bidang tersebut mempunyai bidang kuasa yang tersendiri.
  • Tujuan pengasingan kuasa ialah
    a. Mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Berkuasa lebih daripada satu bidang
        kuasa.

    b. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah
        badan tertentu.

    c. Tiada gangguan daripada mana-mana badan yang lain.
DOKTRIN PENGASINGAN DI MALAYSIA
  • Di Malaysia pengamalan doktrin tersebut berbeza daripada bentuk asalnya.
    Pengasingan kuasa secara relatif antara ketiga-tiga badan.
  • Cuma badan kehakiman sahaja yang dilihat bebas daripada pertindihan kuasa badan yang berlainan.
    Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan.
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan.
    Di peringkat persekutuan, Perdana Menteri dan ahli-ahli jemaah menteri pada masa yang sama adalah ahli badan perundangan dan badan eksekutif.
    Hal ini kerana;
    a. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak
       ( westminster )
    b. Raja berperlembagaan iaitu ketua negara ialah YDPA.
    c. Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Kerajaan pusat dan kerajaan negeri)
    d. Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
    e. Mengamalkan konsep ketertinggian perlembagaan.

Friday, January 28, 2011

FAHAMAN-FAHAMAN NEGARA



  • Diperkenalkan oleh Karl Marx (Russia)
  • Diamalkan oleh pengikut-pengikutnya iaitu; Lenin(Rusia), Stalin (Rusia) dan Mao Tze Tung (China)
  • Fahaman politik komunisme memiliknegarakan atau milik bersama rakyat semua faktor pengeluaran dan barangan pengguna.
  • Slogan yang sering dilaungkan "sama rata, sama rasa"
  • Menolak kewujudan Tuhan.
  • Negara yang masih mengamalkan fahaman komunisme ialah Korea Utara dan Cuba.
  • Ada yang berpendapat aliran sosialisme diasaskan oleh Rober Owen seorang berbangsa Inggeris dari Wales.
  • Beliau telibat dalam pergerakan koperasi di Britain.
  • Matlamat asas fahaman ini ialah memiliknegarakan hak-hak milik individu.
  • Negara yang mengamalkan fahaman politik ini lazimnya akan mengamalkan pintu tertutup.
  • Contoh; Myanmar dan Laos

  • Diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman pada tahun 1930an.
  • Menghalalkan pembunuhan dan kekejaman.
  • Melakukan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi semsa Perang Dunia Kedua
  • Fahaman ini terkubur bersama Hitler seleps tamat Perang Dunia Kedua.



  • Diperkenalkan oleh Benito Musollini di Itali pada tahun 1929
  • Mengikut fasisme, kuasa mutlak terletak dalam tangan pemimpin negara.
  • Mengamalkan kerajaan totalitarian
  • Rakyat dipaksa berkorban untuk pemimpin yang memerintah secara kuku besi
  • Fahaman ini terkubur bersama-sama Musollini selepas tamat Perang Dunia Kedua



  • Mula-mula diamalkan oleh orang-orang Yunani di Athens
  • Berasal dari perkataan Yunani iaitu demokratia
  • Demo = rakyat , Kartia = perintah
  • Bermaksud kuasa memerintah di tanganrakyat
  • Abraham Lincoln Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pernah mengemukakan slogan demokrasi sebagai "Kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat"

Tuesday, January 25, 2011

ASEAN

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November
NEGARA-NEGARA ASEAN


Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
  • Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
  • Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coerion)
  • Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
  • Menolak penggunaan ketenteraan
  • Kerjasama effektif antara anggota.

AHLI -AHLI ASEAN
Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Timur dan Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

Saturday, January 22, 2011

PANDUAN MEMBINA GRAF

SOALAN : BINA GRAF BAR YANG SESUAI


LANGKAH  1
Fikirkan bar kompaun / komponen / berpasangan.
LANGKAH 2 ( rujuk kepada jadual )
  •  Jika ada jumlah, nilai unit sama, boleh dijumlahkan: Bar Komponen/ kompaun
  • Jika tiada jumlah, nilai unit beza, tidak logik dijumlahkan (% kadar perubahan, indeks, nisbah, harga): Bar kompaun
LANGKAH 3 ( komponen )

  •  Soalan: Bina graf bar untuk menunjukkan jumlah: bar komponen=15%, bar kompaun=06%
  • Soalan: tiada menyatakan menunjukkan jumlah/ membandingkan setiap sektor(%, indeks, nisbah, harga): mesti bar kompaun (bar komponen=7% / 0%)
LANGKAH 4 ( piramid/pasangan/cermin )
  •  Jadual ada peringkat umur, data umur di tengah graf piramid
  • Jika jadual kompleks, perlukan dua jadual, terdapat 4 pemboleh ubah yang kompleks. ( satu pemboleh ubah libat 2 perkara: bandar & L bandar, Lelaki&Perempuan, 2 tahun)
  • Bar berpasangan.

Saturday, January 15, 2011

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan merupakan perlembagaan bertulis Malaysia.
Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang dianggotai oleh;


1. Lord Reid (Ketua)
2. Sir Ivor Jenning (Britain)
3. Sr William Mckel (Australia)
4. B.Malik (India)
5. Hakim A.Hamid (Pakistan)

  • Perlembagaan Malaysia digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu
  • Merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara.
  • Merupakan undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur.
  • Perlembagaan tersebut dikanunkan tetapi boleh dipinda
  • Perlembagaan Persekutuan memperakukan semua undang-undang yang digubal di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan juga semua undang-undang yang wujud di Sabah dan sarawak sebelum Hari Malaysia.

Thursday, January 13, 2011

FORMULA PENYELESAIAN MASALAH

ANTARA FORMULA PENGIRAAN SOALAN PENYELESAIAN MASALAH
1. Peratus
Jumlah kecil (sektor)
_________________ X 100
Jumlah Keseluruhan
2. Peratus perubahan (guna bila ada pernyataan mengatakan “peningkatan peratus”, kemerosotan peratusan”
Jumlah Tahun Baru – Jumlah Tahun Lama
_________________________________ X 100
Jumlah Tahun Lama
3. Faedah
Faedah = Pokok x Kadar Pinjaman x Tempoh/Tahun
___________________________________
100
4. Purata
Purata = Jumlah Keseluruhan
_______________
Bilangan

PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN


1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang

Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan   
nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005

Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005

Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN

*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari 
tahun 2001 hingga tahun 2006.

Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah

Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA
graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,
indeks, trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN
kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar, 
 graf bar komponen - kumulatif @ jumlah

Sunday, January 9, 2011

ISTILAH DI MAHKAMAH

1. Afidavit – Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah.
2. Alibi – Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.
3. Bigami – Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.
4. Certiorari – Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah.
5. Condictio – Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil).
6. Contempt of court – Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.
7. Culpa lata – Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.
8. Defamation – Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang (fitnah).